Tentang Kami

D Legends Catering & Canopy (DLCC) – 002193464-K, telah ditubuhkan pada 9 Januari 2013 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan beroperasi sepenuhnya di Keramat Permai, Kuala Lumpur. DLCC juga berdaftar di bawah Kementerian Kewangan dengan nombor sijil pendaftaran K22146974261215442.

DLCC adalah merupakan perniagaan keluarga yang diketuai oleh En Sunu (Wak Sunu) serta dibantu oleh ahli keluarga yang lain. Nama D Legends Catering & Canopy masih baru di dalam bidang penyediaan makanan namun secara realitinya pengalaman kami mampu mengendalikan majlis-majlis besar dan seterusnya merealisasikan impian majlis terindah anda.

Kami juga menyediakan perkhidmatan katering kambing golek, kambing panggang dan kambing perap untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, hari jadi, majlis keramaian dan sebagainya.

Perniagaan keluarga ini adalah hasil titik peluh Wak Sunu sejak 20 tahun dahulu yang sentiasa meneroka dan mengembara mencari ilmu dalam bidang masakan. Segala ilmu yang dimiliki kini diturunkan kepada anak-anak beliau dan seterusnya menjadikan tiang kekuatan untuk DLCC bersaing secara sihat dalam bidang penyediaan makanan.

Matlamat kami sentiasa memberikan kualiti masakan yang terbaik serta ikhlas dalam menyempurnakan setiap tugas yang dipertanggungjawabkan. Kami menjanjikan kepuasan agar majlis anda menjadi kenangan terindah.